PROSES PEMBIAKKAN


Pemilihan buck/jantan dan doe/betina adalah sangat penting dari segi kesuburan, naluri ibu , hasil susu, untuk menghasilkan anak yg sihat.

Arnab jantan dikenali sebagai Buck . Ia biasanya matang pada usia 8 bulan. 
Buck yang ideal perlu terus mengekalkan keupayaan pembiakan sekurang-kurangnya selama 2 hingga 3 tahun. 
Penjantan muda dibenarkan untuk mengawan selang 3-4 hari, tetapi dari umur 12 bulan dan seterusnya ia boleh mengawan 4-6 kali dalam 7 hari. 
Penjantan 6 tahun ke atas harus dikeluarkan dalam senarai pembiakkan kerana penurunan kualiti Kesuburan.


Arnab betina dikenali sebagai DOE.
Kebiasaannya betina mula matang pada usia 6 bulan.
Seelok-eloknya betina digunakan untuk pembiakan sehingga usia 3 tahun sahaja untuk kualiti anak yang baik.

Umur anggaran mengawan pertama adalah sekitar 5-6 bulan. 
Arnab betina dimasukkan ke dalam sangkar arnab jantan jangan sebaliknya. 
Masa yang paling sesuai untuk mengawan dilakukan  awal pagi dan awal petang adalah Arnab betina yang bersedia untuk mengawan  akan mengangkat ekornya. 

Selepas proses mengawan berjaya buck biasanya menghasilkan bunyi dan jatuh ke sebelah betina.
Setelah selesai process mengawan asingkan kembali. 
Jika betina tidak bersedia, process ini harus dilakukan pda hari lain.


 
Tempoh bunting arnab adalah di antara 28-32 hari.
Kotak sarang perlu disediakan di dalam sangkar untuk 
memudahkan betina untuk melahirkan anaknya.
Kotak sarang itu disediakan sekurang-kurangnya 5-6 hari 
sebelum kelahiran . 
 
Arnab akan mencabut bulunya sendiri untuk membuat 
sarang. 

Langkah-langkah yang mencukupi perlu diambil mengenai pemberian makanan dan pengurusan dalam tempoh kehamilan. 
 
Makanan berkhasiat perlu ditambah seawal10 hingga 15 hari 
kehamilan. Air yang segar sangat penting untuk mereka.
 


 Makanan tambahan untuk ibu bunting :
1. Alfafa Hay diberi tanpa had




2. Rolled Oat



3. Uphavit
 

1 comment: