CARA PENJAGAAN IBU ARNAB BUNTING & ANAK BARU LAHIR

PERSEDIAAN SEBELUM KELAHIRAN 
* Pengiraan hari bunting bermula dari hari Mengawan

1. Pemakanan ibu bunting amat penting untuk kesihatan anak dan juga penghasilan susu apabila  anaknya lahir kelak. Seawal 2 Minggu usia bunting, Ibu arnab mula diberi makanan berkhasiat seperti :



Alfafa Hay

Rolled Oat



  • Kandungan protien tinggi (16%)
  • Kandungan fiber (10.6%)
  • Membantu proses molting
  • Mencantikkan bulu
  • Meningkatkan berat
  • Membantu meningkatkan susu ibu sedang bunting dan menyusukan anak

GINSENG JAWA



  • UPHAVIT






    • Meningkatkan selera makan
    • Penjantan kurang aktif
    • Tambah susu bagi ibu bunting dan menyusukan anak
    • Mengurangkan stress
    • Memudahkan kelahiran
    • Mencantikkan bulu dan sebagai vitamin untuk mereka.


    * Maklum balas dari penggunaan Uphavit amat memuaskan, Ibu arnab banyak susu. Arnab semakin sihat dan aktif

    2. Pada hari ke 26 bunting, Kita perlu sediakan bakul beranak untuk ibu membuat sarang. Sesetengah penternak menggunakan kotak beranak dan ada juga menggunakan bakul beranak. Di Rawang Rabbitry kami hanya menggunakan bakul beranak sahaja. Kerana ia mudah didapati. Pastikan Bakul/ Kotak beranak tidak terbalik apabila ibu arnab menolaknya dan pastikan tapak bakul mempunyai lubang untuk air kencing ibu mengalir supaya tidak bertakung didalam bakul.


Kotak beranak



  • Bakul Beranak

3. Pada hari ke 27 bunting, Kebiasaannya ibu arnab akan mencabut bulunya sendiri untuk membuat sarang. Ibu akan mengumpul bulu yang dicabut serta hay-hay yang terdapat didalam sangkarnya dan akan dimasukkan  ke dalam bakul beranak yang di sediakan.


Ibu Menggumpulkan bulunya di dalam bakul

4. Pada hari ke 28 Bunting. Ibu arnab akan beranak di dalam bakul yang di sediakan.


Anak yang baru lahir
5. Ibu Perlu  diberi makanan yang berkhasiat untuk penghasilan susu yang banyak dan kesihatan yang baik.

6. Jika jumlah anak melebihi 8 ekor, tumpangkan anak tersebut kepada ibu lain (jika ada ibu lain yang beranak sama tarikh atau hampir).

7. Kebiasaannya ibu arnab akan menyusukan anaknya 2 kali sehari iaitu pagi dan malam.

8. Ibu arnab akan menyusukan anaknya sehingga usia anak menjangkau 2 bulan.

9. Pada hari ke 5 anak arnab mula tumbuh bulu dan pada hari ke 11 hingga 14 anak arnab akan mula celik.

PENJAGAAN ANAK ARNAB JIKA IBU TIDAK MENYUSUKAN ANAKNYA

Banyak pertanyaan dari peminat-peminat arnab yang sering di ajukan kepada Rawang Rabbitry tentang penjaggan anak arnab yang ibunya tidak hiraukan. Biasanya kes begini terjadi pada ibu arnab yang pertama kali melahirkan anak. 

Antara cara yang kami lakukan jika masalah begini berlaku adalah seperti berikut :

1. Ambil ibu arnab tersebut, masukkan ke dalam kotak atau bakul, usap kepala ibu arnab sehingga nampak tenang kemudian letakkan anak di bawah badan ibu. Setelah 5-10 minit, angkat ibunya semula dan letakkan kembali ke dalam sangkar. Anak tersebut di letakkan semula ke dalam bakul beranak yang terletak di dalam sangkar ibu arnab tadi. Ulang langkah yang sama pagi dan petang.

* Letakkan kotak/Bakul di tempat tinggi seperti meja/kerusi bagi mengelakkan dari ibu arnab lari.

Menggunakan kotak



Menggunakan bakul






2. Bagi Ibu arnab yang tak aggresif. cara seperti di bawah boleh di gunakan.



* PERINGATAN

Jangan mengganggu ibu arnab.Jika ibu tersebut cemas atau takut dia boleh membunuh atau mencederakan anaknya sendiri.
Berikan Makan kepada ibu arnab dengan makanan yang berkhasiat, kerana ibu arnab menyediakan sumber makanan utama untuk anaknya,
Pastikan ibu aranb mendapat makanan yang mencukupi. Jika tidak ibu arnab akan memakan anaknya sendiri.





60 comments:

  1. Assalamualaikum..nk tnyaa arnab saya bru je lhirkn ank 5 ekor..hmm..saye susa nk bgi mkn mcm kngkung ke apeke..saye just bgi mknn rabbt yg biasa tu je..carrt ngn brokoli..ok ke mkn tu..?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk ibu bunting Dan menyusu anak,bagi alfalfa hay.kangkung elakkan sbb kangkung boleh menyebabkan cirit

      Delete
    2. Sekarang dah berapa umurnya..kan.dah bercucu cicit.. Masih ada lagi ke arnab tu?

      Delete
    3. arnab saya baru bersalin tpi baru keluar sorang anak.biasa ke tu??setahu sya mesti bnyk anak tpi arnab sya sorng je kluar

      Delete
    4. Adakah normal jika arnab lahirkan satu ekor anak sahaja? Dan dimana boleh dapatkan ubat Alphavit tersebut

      Delete
    5. Arnab saya dia tak cabut bulu masa beranak,tiba ii je keluar anak,pastu dia tak susukan anak dia,anak ada 2 ekor sekor mati sebab ibu dia jijak,nk bg kat ibu,saya cek puting susu dia tak bengkak barangkali tiada susu,apa patut saya buat,

      Delete
  2. Rabbit saya cabut bulu ayam yg kita buat utk membersih habuk tu buat sarang, ingat main2, rupanya betul2 beranak. Nasib bulu ayam bersih tak pernah guna pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi bijak Arnab sis..sayang nak cabut bulu sendiri😂

      Delete
    2. 👯👯👯👯👯👯👍

      Delete
  3. Knp arnab saya bunting lbh dr 30 hari? Sblm ni hari ke 31 brank. Mcm yg lps tak branak juga hingga hari 40. 2 minggu kemudian saya matingkan dia. Kemana anak2nya ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm mn nak tahu arnab bunting ye? sblm ni arnab sy tiba2 beranak 6ekor...sy xperasan pun dia bunting....baru belajar bela arnab

      Delete
    2. Mungkin process mating Tak menjadi..Pada Hari ke-14 boleh Rasa ketulan baby kalau jadi.Jika tiada,boleh mating semula.

      Delete
  4. Apasal arnab aku ada anak2 6 ekor yg besar..x tahu bila masa beranak..x sempat nak tgk masa dia baby

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beranak Dalam tanah tu.biasa dah besar baru keluar..

      Delete
    2. Arnab bila dah dewasa,perlu asingkan Satu sangkar,Satu Arnab.bila dikawinkan,boleh catat tarikh..biasanya kalau process mating jadi,28-35 Hari arnab akab beranak.kalau jantan Dan betina duduk sekali,agak sukar nak kawal.dan baby mati akibat lbu stress

      Delete
  5. Arnab saya melahirkan 12 ekor satu induk. Saya x ada induk tumpang. Mcm mna nak buat ni

    ReplyDelete
  6. arnab saya baru beranak..saya tak tahu dia bunting..pagi sekor keluar dulu..terus letak dalam bakul..lepas tu dah mati sebab kena pijak2 dengan mak dia..petg ni keluar 7 ekor..boleh alas dengan kain ke dalam bakul? takot sejuk n mati pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ibu Tak cabut bulu,boleh lapik bakul dengan hay/carik2 kertas letak Dalam bakul.guna Kain takut anak lemas .

      Delete
  7. Arnab saya bru 2mnggu lahir kn baby dia, tiba2 ibu arnab nie hilang x tau p mna... Tnggal anak dia 3ekor, sy risau..
    Mcm mna nk bgi anak dia nie mkn n minum, nk bgi mkn minum apa ???😭😭😭
    Please,help me

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seeloknya ibu Dan anak perlu dikurung Dalam sangkar,mudah nak monitor.
      Boleh Cuba bagi Susu kambing jika berlaku kes macam Ni lagi.

      Delete
  8. Rabbit saya bru melhirkn ank nya smlm 5 ekor.sblum ini pun sma tp smua mati sbb ibunya tdk mmbri susu..dgn cra mcm mna ye untk sya bg kelima2 ank rabbit siht?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu Arnab perlu diberi makanan penggalak Susu..contohnya,alfalfa hay,rolled oats.klu ibu Tak bagi Susu,kena guna Cara manual seperti Di atas..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  9. Arnab yg saye baru melahirkan 5 ekor anak sudah 3 hari ibunya tak bagi susu,boleh bagi susu lain tak ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena guna Cara paksa atau manual.seperti dlm gambar Di atas..Susu formula kebanyakkannya X menjadi..

      Delete
    2. Arnab muda mula biang umor berapa ye.

      Delete
    3. 4-5 Bulan dah start.tapi sebaiknya 6 Bulan sebab ibu betul² sedia..

      Delete
  10. Arnab sy beranak tapi ibunya mati. Sekor anaknya hidup. Nak buat macamana ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  11. Guna Susu kambing/Susu gantian..boleh beli Di petshop.
    Tapi Tak jamin 100%. Susu ibu adalah Susu yg terbaik.

    ReplyDelete
  12. Aranab sy baru lahirkan anak mcm mana mk kenal ibu dia yg mana 1 sbb dlm sangkar tu ada 2 betina
    Arnab tu lahirkan ank dia sy tak sedar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru lg dalam bidang nie. Setahu saya ibu arnab mana yg bulunya gugur. Kalau salah satu ibu arnab tu bulunya gugur. Bolehlh taw itu ibu arnab. Sekadar bg pandangan

      Delete
    2. Tgok kt dubur ibu arnab tu.. Ygmne ade kesan darah. Sbb saya pun alami perkara nie.

      Delete
  13. arnab saya baru lahirkan anak tapi saya tak sedar . saya tau dia bunting tapi taktau pulak dia nak beranak dah . tau² dah keluar anak sekor . pening kepala saya

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum.arnab saya tu dia nk beranak tapi dia tk cabut bulu dia.pagi besoknya dia dh beranak kenapa??

    ReplyDelete
  15. Apabila nak bagi susu kambing untuk bby arnab tapi kena guna apa?????

    ReplyDelete
  16. Arnab saya lahir 5 anak dia . 2 mati dalam 3-7 hari gitu takpasti . Apa saya dapat tau . Masa arnab pertama nakmati . Dubur dia penuh dengan kuning . Macam air kencing . Lepastu selang berapa jam keluar macam taik dia mungkin tapi warna putih ? Lepas berapa jam dia mati . Benda ni jadi kat anak arnab yang kedua mati . Sekarang tengah jdi kat arnab anak yang ketiga . Masukni dah 3 hari dia kena macam gitu . Saya sering jugak lap dengan tisu basah . Lepas lap nakbagi arnab ni susu kat mak dia . Dia takminum . Boleh tak admin bagitahu kenapa macam gitu sekali ? Selama ni bela arnab yang baru beranak okje min . Hidupje tapi taktau kenapa kalini jadi gini .

    ReplyDelete
  17. Macam mana nak buat dekat anak arnab yang taknak minum susu?

    ReplyDelete
  18. berapo umo arnab bleh bunting

    ReplyDelete
  19. 4-5 Bulan dah start.tapi sebaiknya 6 Bulan sebab ibu betul² sedia..

    ReplyDelete
  20. arnab saya baru beranak 6 ekor tapi 5 mati dipijak arnab yg lain. saya punya arnab ada 4 ekor. 1 jantan 3 betina. so macam mana nak tau ibu mana satu yg melahirkan anak arnab ni ? dan macam mana nak tau arnab ni bunting atau tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arnab ni bila dah matang,satu sangkar satu arnab.bila sklikan arnab Akan stress Dan Kita susah nak tau bila dia Akan beranak.bila asingkan,catat tarikh kawin..lps 28-32 Hari,jika Berjaya,arnab Akan beranak.

      Delete
  21. Assalam, Sy nak Tanya arnab start nyusukan anak Dy ,Hari ke berapa ye?klau asingkan mak Dan anak Dy bole ke? Sbb Sy perati mak Dy mcm ignore je anak Dy, siap pijak n mati anak Dy sekor🤦

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arnab Sya pn mcm tu,3x dh beranak...3x mati kna pijak..ibunya mcm x syg dan peduli lgsung...smpai kurus kering dan mati....syg betul😢,kali ni Sya asingkan bgi susu manual guna botol haiwan...harap2 semuanya hidup....

      Delete
  22. Hahaha.... Sy lg lawak... Selama ni igt dua2 jantan... Tiba2 satu hari dengar bunyi... Tgk2 beranak... Ya ampun.... Betina rupanya...

    ReplyDelete
  23. Mau tanya kalo arnab baru perluka d asingkan sbb sy tgk ibu ganas abis dia pijak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu maybe..sbb ibu bunny yg bru lhirkn ank..mmg sensitif..mesti sllu pantau

      Delete
  24. Maaf tumpang tnya, biasanya arnab brapa kali boleh beranak? Mcmana kita nk tahu umur ibu trsebut ?

    ReplyDelete
  25. Nak tanya berapa minit biasanya anak arnab perlu disusukan jika guna kaedah manual seperti usapan kepala ibu arnab tersebut?

    ReplyDelete
  26. Berapa jam anak arnab bertahan tanpa disusukan ibunya?

    ReplyDelete
  27. Arnab saya baru melahirkan anak pertama sebanyak 6 ekor. saya asingkan ibu dan bapak. Anak2 arnab Dan ibunya saya satukan. Nak tanya macam mana saya nak tahu ibu arnab tu menyusukan anaknya ye...

    ReplyDelete
  28. Sesetgh ibu arnab dia x pandai jga anak dia buat xtau kekdng dia buang dri bakul plk mcm mna ehh☹️

    ReplyDelete
  29. Nak tnye klau kita bg arnab vitamin
    uphavait lepas beranak beloh x

    ReplyDelete
  30. Hay sis....sy nk tnya..dulu sy pernah pelihara arnab tapu bila arnab sy lahir..smpai umr 1 bulan si ank satu2 mula mati..n sekarang pn masih sama...kenapa ye??

    ReplyDelete
  31. Jika anak baru lahir,berapa jam@hari kita boleh mula bagi susu botol jika ibu arnab x bagi menyusu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn bg susu botol ambik ibu letak dlm bakul atas kerusi tinggi..pastu letak ank² kat tepi nanti ank masuk cari puting susu ibu

      Delete
  32. Dua ekor arnab saya bunting. Petang tdi seekor bru melahirkan anak tpi mati akibat panas matahari dia xberanak dalam kotak. Boleh tak campur dua ii ekor arnab dalam satu sangkar?

    ReplyDelete
  33. Hi... Nk tnye.. normal ke kalau puting susu ibu berdarah semasa mnyusukan ank. Ni kelahiran y pertama

    ReplyDelete
  34. arnab saya pun selalu beranak mati..ibu pijak ank..last² saya belajar dr utube..cara² nk jaga baby arnab.. bila arnab beranak saya ambik ank²nya asingkan dr ibu..pg dgn ptg saya bg ibu arnab susukan ank dgn cara letak bakul atas kerusi tggi..Alhamdulillah skrg ank² arnab saya dah besar 8ekor..

    ReplyDelete
  35. Mcm mana bak buat, arnab da dua kali beranak tapi semua mati di pijak.

    ReplyDelete