* Pengiraan hari bunting bermula dari hari Mengawan
1. Pemakanan ibu bunting amat penting untuk kesihatan anak dan juga penghasilan susu apabila anaknya lahir kelak. Seawal 2 Minggu usia bunting . Ibu arnab mula diberi makanan berkhasiat seperti :
2. Pada hari ke 26 bunting, Kita perlu sediakan bakul beranak untuk ibu membuat sarang. Sesetengah penternak menggunakan kotak beranak dan ada juga menggunakan bakul beranak. Di Rawang Rabbitry kami hanya menggunakan bakul beranak sahaja. Kerana ia mudah didapati. Pastikan Bakul/ Kotak beranak tidak terbalik apabila ibu arnab menolaknya.
Kotak beranak |
Bakul Beranak |
3. Pada hari ke 27 bunting, Kebiasaannya ibu arnab akan mencabut bulunya sendiri untuk membuat sarang. Ibu akan mengumpul bulu yang dicabut serta hay-hay yang terdapat didalam sangkarnya dan akan dimasukkan ke dalam bakul beranak yang di sediakan.
Ibu Menggumpulkan bulunya di dalam bakul |
4. Pada hari ke 28 Bunting. Ibu arnab akan beranak di dalam bakul yang di sediakan.
Anak yang baru lahir |
5.Ibu Perlu terus diberi makanan yang berkhasiat untuk penghasilan susu yang banyak dan untuk kesihatan ibu tersebut.
6. Jika jumlah anak melebihi 8 ekor, tumpangkan anak tersebut kepada ibu lain jika ada ibu lain yang beranak sama tarikh atau hampir.
7. Kebiasaannya ibu arnab akan menyusukan anaknya 2 kali sehari iaitu pagi dan malam.
8. Ibu arnab akan menyusukan anaknya sehingga usia anak menjangkau 2 bulan.
9. Pada hari ke 5 anak arnab mula tumbuh bulu dan pada hari ke 11 hingga 14 anak arnab akan mula celik.
PENJAGAAN ANAK ARNAB JIKA IBU TIDAK MENYUSUKAN ANAKNYA
Banyak pertanyaan dari peminat-peminat arnab yang sering di ajukan kepada Rawang Rabbitry tentang penjaggan anak arnab yang ibunya tidak hiraukan. Biasanya kes begini terjadi pada ibu arnab yang pertama kali melahirkan anak.
Antara cara yang kami lakukan jika masalah begini berlaku adalah seperti berikut :
1. Ambil ibu arnab tersebut, masukkan ke dalam kotak atau bakul, usap kepala ibu arnab sehingga nampak tenang kemudian letakkan anak di bawah badan ibu. Setelah 5-10 minit, angkat ibunya semula dan letakkan kembali ke dalam sangkar. Anak tersebut di letakkan semula ke dalam bakul beranak yang terletak di dalam sangkar ibu arnab tadi. Ulang langkah yang sama pagi dan petang jika anak tersebut nampak kurus.
* Letakkan kotak/Bakul di tempat tinggi seperti meja/kerusi bagi mengelakkan dari ibu arnab lari.
Menggunakan kotak |
Menggunakan bakul |
2. Bagi Ibu arnab yang tak aggresif. cara seperti di bawah boleh di gunakan :
* PERINGATAN
- Jangan mengganggu ibu arnab.Jika ibu tersebut cemas atau takut dia boleh membunuh atau mencederakan bayinya sendiri.
- Berikan Makan kepada ibu arnab dengan makanan yang berkhasiat, kerana ibu arnab menyediakan sumber makanan utama untuk anaknya,
- Pastikan ibu aranb mendapat makanan yang mencukupi. Jika tidak ibu arnab akan memakan anaknya sendiri.
No phone admin bertukar kepada 0175045997..untuk sebarang pertanyaan Dan mendapatkan produk2 vitamin Dan ubat boleh call/WhatsApp terus..tq
ReplyDeleteRawang Rabbitry - Majulah arnab untuk semua..
No phone admin bertukar kepada 0175045997..untuk sebarang pertanyaan Dan mendapatkan produk2 vitamin Dan ubat boleh call/WhatsApp terus..tq
ReplyDeleteRawang Rabbitry - Majulah arnab untuk semua..
Review of the top casinos that accept US players online
ReplyDeleteThe top casinos at Betway are: · 1. Betway Sportsbook · 2. Betway luckyclub Casino · 3. Betway Casino · 4.