Monday 22 June 2015

PENJAGAAN ANAK ARNAB BARU LAHIR

PERSEDIAAN SEBELUM KELAHIRAN
* Pengiraan hari bunting bermula dari hari Mengawan

1. Pemakanan ibu bunting amat penting untuk kesihatan anak dan juga penghasilan susu apabila   anaknya lahir kelak. Seawal 2 Minggu usia bunting . Ibu arnab mula diberi makanan berkhasiat seperti :
  • Alfafa Hay

    Rolled Oat

    • Ginseng Jawa
2. Pada hari ke 26 bunting, Kita perlu sediakan bakul beranak untuk ibu membuat sarang. Sesetengah penternak menggunakan kotak beranak dan ada juga menggunakan bakul beranak. Di Rawang Rabbitry kami hanya menggunakan bakul beranak sahaja. Kerana ia mudah didapati. Pastikan Bakul/ Kotak beranak tidak terbalik apabila ibu arnab menolaknya.


Kotak beranak



Bakul Beranak



3. Pada hari ke 27 bunting, Kebiasaannya ibu arnab akan mencabut bulunya sendiri untuk membuat sarang. Ibu akan mengumpul bulu yang dicabut serta hay-hay yang terdapat didalam sangkarnya dan akan dimasukkan  ke dalam bakul beranak yang di sediakan.


Ibu Menggumpulkan bulunya di dalam bakul


4. Pada hari ke 28 Bunting. Ibu arnab akan beranak di dalam bakul yang di sediakan.



Anak yang baru lahir

5.Ibu Perlu terus diberi makanan yang berkhasiat untuk penghasilan susu yang banyak dan untuk kesihatan ibu tersebut.

6. Jika jumlah anak melebihi 8 ekor, tumpangkan anak tersebut kepada ibu lain jika ada ibu lain yang beranak sama tarikh atau hampir.

7. Kebiasaannya ibu arnab akan menyusukan anaknya 2 kali sehari iaitu pagi dan malam.

8. Ibu arnab akan menyusukan anaknya sehingga usia anak menjangkau 2 bulan.

9. Pada hari ke 5 anak arnab mula tumbuh bulu dan pada hari ke 11 hingga 14 anak arnab akan mula celik.


PENJAGAAN ANAK ARNAB JIKA IBU TIDAK MENYUSUKAN ANAKNYA

Banyak pertanyaan dari peminat-peminat arnab yang sering di ajukan kepada Rawang Rabbitry tentang penjaggan anak arnab yang ibunya tidak hiraukan. Biasanya kes begini terjadi pada ibu arnab yang pertama kali melahirkan anak. 

Antara cara yang kami lakukan jika masalah begini berlaku adalah seperti berikut :

1. Ambil ibu arnab tersebut, masukkan ke dalam kotak atau bakul, usap kepala ibu arnab sehingga nampak tenang kemudian letakkan anak di bawah badan ibu. Setelah 5-10 minit, angkat ibunya semula dan letakkan kembali ke dalam sangkar. Anak tersebut di letakkan semula ke dalam bakul beranak yang terletak di dalam sangkar ibu arnab tadi. Ulang langkah yang sama pagi dan petang jika anak tersebut nampak kurus.

* Letakkan kotak/Bakul di tempat tinggi seperti meja/kerusi bagi mengelakkan dari ibu arnab lari.




Menggunakan kotak





Menggunakan bakul









2. Bagi Ibu arnab yang tak aggresif. cara seperti di bawah boleh di gunakan :



* PERINGATAN


  • Jangan mengganggu ibu arnab.Jika ibu tersebut cemas atau takut dia boleh membunuh atau mencederakan bayinya sendiri.
  • Berikan Makan kepada ibu arnab dengan makanan yang berkhasiat, kerana ibu arnab menyediakan sumber makanan utama untuk anaknya,
  • Pastikan ibu aranb mendapat makanan yang mencukupi. Jika tidak ibu arnab akan memakan anaknya sendiri.




Saturday 20 June 2015

CARA MENGANGKAT ARNAB

CARA MENGANGKAT ARNAB DENGAN SELAMAT



Arnab tidak boleh dipegang pada tengkuk atau telinga, banyak cara lain wujud untuk mengangkut arnab dengan selamat.





Cara pegang arnab seperti di atas  boleh menyebabkan keretakan tulang belakang.


Jika hanya pegang pada telinga pula akan menyebabkankan tekanan darah tinggi refleks, yang boleh membawa maut dalam arnab.


KAEDAH SELAMAT UNTUK MENGANGKAT ARNAB



 Bahagian bawah badan disokong oleh siku, sementara tangan yang memberi sokongan kepada anggota badan hadapan arnab untuk mengelakkan mampatan dada. Tangan kedua diletakkan di atas belakang arnab untuk mengawal arnab dari bersikap aggresif. 






 Arnab malu memilih untuk dilakukan tanpa melihat persekitaran mereka. Kepala arnab terselit ke celahan lipatan bawa siku, manakala berat badan dan bahagian bawah badan disokong oleh lengan dan tangan.

Jika arnab terlalu aggresif, tangan boleh diletakkan di antara kaki belakang untuk menyokong  arnab tersebut.

Tangan kedua diletakkan di atas belakang arnab tersebut untuk mengawal arnab tersebut dari terus meronta.



Cara begini juga membuatkan arnab berasa selesa apabila diangkat 

Wednesday 3 June 2015

PEMBIAKKAN ARNAB


Pemilihan buck/jantan dan doe/betina adalah sangat penting dari segi kesuburan, naluri ibu , hasil susu, untuk menghasilkan anak yg sihat.

Arnab jantan dikenali sebagai Buck . Ia biasanya matang pada usia 8 bulan. 
Buck yang ideal perlu terus mengekalkan keupayaanpembiakan sekurang-kurangnya selama 2 hingga 3 tahun. 
Penjantan muda dibenarkan untuk mengawan selang 3-4 hari, tetapi dari umur 12 bulan dan seterusnya ia boleh mengawan 4-6 kali dalam 7 hari. 
Penjantan 6 tahun ke atas harus dikeluarkan dalam senarai pembiakkan kerana penurunan kualiti Kesuburan.


Arnab betina dikenali sebagai DOE
Kebiasaannya betina mula matang pada usia 6 bulan.
Seelok-eloknya betina digunakan untuk pembiakan sehingga usia 3 tahun sahaja untuk kualiti anak yang baik.

Umur anggaran mengawan pertama adalah sekitar 5-6 bulan. 
Arnab betina dimasukkan ke dalam sangkar arnab jantan jangan sebaliknya. 
Masa yang paling sesuai untuk mengawan dilakukan  awal pagi dan awal petang adalah Arnab betina yang bersedia untuk mengawan  akan mengangkat ekornya. 

Selepas proses mengawan berjaya buck biasanya menghasilkan bunyi dan jatuh ke sebelah betina.
Setelah selesai process mengawan asingkan kembali. 
Jika betina tidak bersedia, process ini harus dilakukan pda hari lain.


 
Tempoh bunting arnab adalah di antara 28-32 hari.
Kotak sarang perlu disediakan di dalam sangkar untuk 
memudahkan betina untuk melahirkan anaknya.
Kotak sarang itu disediakan sekurang-kurangnya 5-6 hari 
sebelum kelahiran . 
 
Arnab akan mencabut bulunya sendiri untuk membuat 
sarang. 

Langkah-langkah yang mencukupi perlu diambil mengenai pemberian makanan dan pengurusan dalam tempoh kehamilan. 
 
Makanan berkhasiat perlu ditambah seawal10 hingga 15 hari 
kehamilan. Air yang segar sangat penting untuk mereka.
 


 Makanan tambahan untuk ibu bunting :
1. Alfafa Hay diberi tanpa had




2. Rolled Oat